Rabu, 9 Mei 2012

RESEPI EMPING KERABU

Baru-baru ini Cik Lya berpeluang pulang ke kampung cikgu di utara tanah air. Cikgu Lya berpeluang makan sejenis makanan istimewa yang disediakan . Makanan tersebut dikenali sebagai emping kerabu. Cikgu Lya ingin kongsikan resepinya di sini.


Emping  Kerabu Cikgu Lya
500 g emping beras -(goreng sehingga bergulung seakan anak lebah)
10 biji cili kering
 10 batang serai (hiris nipis)
 1/4 sudu teh jintan manis
 150g udang kering
1/4 biji kelapa (buat kerisik)
 1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
3 ulas bawang putih               
4 ulas bawang merah
Bebera helai daun kari
1/2 cawan minyak
Untuk hiasan-bawang goreng


Cara membuatnya
Semua bahan dikisar sehingga halus secara berasingan
Tumis bawang dan daun kari sehingga berbau wangi
Masukkan bahan yang telah dikisar dan kacau sehingga sebati .
Masukkan emping yang telah digoreng dan dikacau sehingga rata.
Bolehlah dihidang sebagai hidangan minum petang atau semasa berehat menonton televisyen.

Latihan
1.       Berdasarkan resepi di atas senaraikan penjodoh bilangan yang ada.
2.       Bina 2 ayat daripada penjodoh bilangan yang telah disenaraikan.
Contoh:
Ibu membeli tiga biji buah betik yang dijual dikedai Pak Ali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...