Selasa, 17 April 2012


Surat Kiriman Rasmi
Pasukan lari berganti-ganti sekolah kamu diundang untuk menyertai sukan tahunan di sebuah sekolah. Sebagai Setiausaha Persatuan Olahraga, tulis sepucuk surat untuk menyatakan persetujuan menyertai acara tersebut.
􀀉 ISI-ISI KARANGAN
􀀹 Format SKR – alamat pengirim dan penerima, tarikh, tandatangan, nama, dan jawatan
􀀹 kata panggilan rasmi – perkara, tajuk surat – tujuan membalas surat, ringkas dan tepat
􀀹 memaklumkan surat diterima – terima kasih, terima undangan – menyertai kejohanan
􀀹 diwakili, dua pasukan – bawah 12 tahun, lelaki dan perempuan – acara 4 x 100 meter
􀀹 harapan, memeriahkan kejohanan – melahirkan bakat-bakat baru – ucapan terima kasih
* Sebarang isi yang berkaitan dengan tajuk hendaklah diberi pertimbangan yang sewajarnya.

SURAT MENYATAKAN PERSETUJUAN BAGI MENYERTAI ACARA OLAHRAGA CETUSAN IDEA


Setiausaha Persatuan Olahraga,
Sekolah Kebangsaan Toh Sajak,
34600, Batu Kurau.
Perak . Darul Ridzuan
_____________________________________________________________________________________
Penyelaras Sukan Tahunan ke-21,
Sekolah Kebangsaan Kampung  Perak,
34500, Batu Kurau.
Perak Darul Ridzuan.                                                                                                         18 Jun 2003.
Tuan,
Acara Lari Berganti-ganti Antara Sekolah
Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa surat tuan telah diterima. Ribuan terima kasih saya
ucapkan atas undangan untuk menyertai kejohanan sukan tahunan kali yang ke-21.
3. Sehubungan dengan itu, kami dengan besar hati menerima undangan tersebut.
Kami akan menyertai kejohanan olahraga pada 28 Jun 2003 itu nanti.

4. Sekolah kami akan diwakili oleh dua pasukan bawah umur 12 tahun. Kami akan
menghantar pasukan bagi kategori lelaki dan perempuan. Kedua-dua pasukan tersebut
akan bertanding dalam acara 4 x 100 meter lumba lari berganti-ganti.

5. Kami berharap agar penyertaan pasukan kami dapat memeriahkan temasya sukan
sekolah tuan. Justeru, diharapkan kejohanan ini mampu melahirkan bakat-bakat baru.

Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,

Faizal
(FAIZAL BIN ABDUL HANIF)
Setiausaha Persatuan  Olahraga,
Sekolah Kebangsaan Toh Sajak,
34500, Batu Kurau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...