Isnin, 16 April 2012

Penulisan Bahagian B



          CONTOH KARANGAN CATATAN

Sekolah kamu telah dipilih menjadi tuan rumah pertandingan mendeklamasikan  sajak peringkat daerah. Tuliskan catatan lengkap tentang perjalanan pertandingan mendeklamasikan sajak tersebut.




& ISI-ISI KARANGAN


ü  Format Catatan – hari, tarikh, masa, dan rakaman peristiwa dinyatakan dengan jelas
ü  8.20 pagi, mengalu-alukan kehadiran – penerangan ketua hakim – sistem pengadilan
ü  8.45 pagi, pertandingan bermula – 30 peserta mengambil bahagian – aksi para peserta
ü  11.30 majlis penutup, Pengerusi MGB – berpuas hati – para peserta menanti keputusan
ü  11.45 keputusan diumumkan – dinobatkan juara pertandingan – penyampian hadiah
ü  11.55 majlis tamat, jamuan – tugasku sudah selesai – guru besar tersenyum gembira
























KARANGAN CONTOH  :  JENIS CATATAN




SABTU, 4 OKTOBER 2003

8.00 pagi
Murid-murid mula memenuhi dewan. Guru besar, guru-guru dan pengerusi PIBG masuk ke dewan. Para hakim sudah mengambil tempat. Pegawai Pendidikan Daerah Manjung juga tiba untuk merasmikan majlis hari itu.
           


       
8.20 pagi
Aku selaku Pengerusi Persatuan Bahasa dan Budaya mengalu-alukan kehadiran para jemputan. Ketua hakim menerangkan syarat-syarat pertandingan. Sistem pengadilan pula dinilai berdasarkan kesesuaian tema, kelancaran dan gaya persembahan.   


     
8.45 pagi
Semua yang hadir bertumpu ke tempat pertandingan. Pertandingan bermula, seramai 30 peserta akan mengambil bahagian. Pelbagai gaya dan aksi dipersembahkan, ada antara peserta yang menyampaikan sajak dengan penuh semangat.



       
11.30 pagi
Pengerusi MGB Daerah Manjung menyampaikan ucapan penutup. Beliau bangga dan berpuas hati dengan bakat yang ditonjolkan pada pertandingan kali ini. Sementara itu, para peserta pertandingan menanti keputusan dengan penuh debaran.



       
11.45 pagi
Keputusan diumumkan. Fadzli bin Atari dinobatkan sebagai juara mendeklamasikan sajak. Siti Alina binti Ahmad mendapat tempat kedua dan Mohd Zaki bin Sardi di tempat ketiga. Hadiah disampaikan oleh Pengerusi MGB Daerah Manjung.
                   


       
11.55 pagi
Majlis bersurai. Tetamu dijemput menikmati jamuan di bilik khas. Guru besar menepuk-nepuk bahuku. Beliau berpuas hati dengan tanggungjawab yang telah aku laksanakan. Guru penasihat persatuan tersenyum memerhatikan telatah kami.                   










& MEMBETULKAN YANG BIASA, MEMBIASAKAN YANG BETUL (AYAT GRAMATIS)

                 



1.     Cik Haryati memasukkan baju kebaya yang baru dibelinya itu di dalam almari. (salah)

        Cik Haryati memasukkan baju kebaya yang baru dibelinya itu ke dalam almari. (betul)
        {Kata sendi “di” untuk menyatakan tempat, manakala kata sendi “ke” untuk menunjukkan tempat atau arah}
               

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...