Isnin, 23 April 2012

Latihan penulisan format berita

Setelah Cikgu Lya memberi contoh, cikgu harap sekarang bolehlah kamu tulis karangan kamu berdasarkan rangka karangan yang cikgu berikan ini.


Kempen Mencegah Bahaya Nyamuk Aedes di sekolah anda telah dilangsungkan. Anda dikehendaki menulis berita tentang program itu untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Tulis berita itu selengkapnya.






RANGKA KARANGAN

Pendahuluan
nama tempat - hari - Kempen Mencegah Bahaya Nyamuk Aedes

Isi-isi Penting
(a)    kempen diadakan secara berperingkat - dari peringkat sekolah, negeri hingga kebangsaan - memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya nyamuk aedes
(b)   anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia - mendapat sambutan yang menggalakkan
(c)    mengadakan pameran dan ceramah mengenai kepentingan menjaga kesihatan - penyemburan racun serangga di sekitar kawasan sekolah
(d)   mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah - mencegah tempat pembiakan nyamuk - menggalakkan kebersihan

Penutup
memberi kesedaran kepada semua - beringat sebelum kena

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...