Khamis, 19 April 2012

KATA TANYA



KETERANGAN:


                        Kata tanya digunakan untuk menanyakan nama benda, manusia, haiwan, tempat, orang, dan bilangan.  Contoh kata tanya ialah apa, siapa, di mana, mengapa, kenapa, berapa, bila, dan bagaimana.  Ia boleh diikuti dengan partikel –kah mengikut kesesuaian ayat tanya.



  LATIHANKATA TANYA

Pilih jawapan yang paling sesuai .

1. Cuba terangkan kepada saya, ____________ kamu menangis?
A  adakah                    C  siapakah
B  mengapakah           D  bagaimanakah

2. Tan, ___________ abang kamu hendak makan nasi goreng ini?
A  apakah                    C  adakah
D  manakah                 D  siapakah

3. _________yang dibela oleh Pak Ali di dalam kandang itu?
A  Apakah                   C  Siapakah
B  Adakah                   D  Mengapakah

4. __________yang merasmikan bangunan sekolah itu?
A  Bilakah                   C  Bagaimanakah
B  Siapakah                 D  Manakah


5. Budak itu menyorokkan buku cerita Ahmad di _________?
A  manakah                 C  apa
B  mana                       D  siapakah

6. Ayah kamu pergi ke Tawau ____________?
A  berapa                     C  bila
B  siapa                       D  bilakah

7. Di ________ letaknya pejabat ayah Mei Leng?
A  manakah                 C  berapakah
B  mana                       D  apa

8. “_________ yang menyebabkan Lim dan Rawi bergaduh? Tan atau Abu ?” Tanya Leman .
A  Apakah                   C  Mengapakah
B  Adakah                   D  Siapakah

9. “_______ warna kereta abang kamu yang baru itu? ”Tanya Lan kepada Tina .
A  Apakah                   C  Mengapakah
B  Adakah                   D  Manakah

10. _________ Kadir dikatakan sebagai kaki bangku oleh kawan-kawannya?
A  Siapakah                 C  Mengapakah
B  Bagaimanakah        D  Berapakah

11. “Dari ___________ kamu mendengar berita itu, Norhana?
A  siapakah                 C  bilakah
B  berapakah               D  manakah

12. Yang berbaju kemeja kuning dan berseluar hitam itu ___________?
A  mana                       C  bila
B  kenapa                    D  siapa

13. Najihah tergesa-tergesa untuk pulang ke rumahnya__________?
A  kenapa                    C  apa
B  siapa                       D  bagaimana

14. ___________ nama guru kamu yang tinggal di Sungai Chua, Kajang?
A  Apakah                   C  Manakah
B  Siapakah                 D  Adakah

15. _________ pertandingan melukis poster sempena hari ulang tahun kemerdekaan akan diadakan?
A  Bagaimanakah        C  Berapakah
B  Di manakah            D  Mengapakah

16.  _________yang sudi menjelaskan kepada saya,bagaimana kejadian itu boleh berlaku ?
A  Siapakah                 C  Mengapakah
B  Di manakah            D  Berapakah


17. _________ Rosni digelar sebagai murai oleh kawan-kawannya?
A  Adakah                  C  Mengapakah
B  Siapakah                 D  Manakah

18. “Mat, kamu akan ke Kuantan__________?” tanya Azrul kepada Mat.
A  apa                          C  siapa
B  bila                          D  berapa

                    
19. “_________ kamu lulus dalam ujian itu, Hakimi?” tanya ayah.
                  Gambar 1
A  Apakah                   C  Mengapakah
B  Berapakah              D  Adakah

20. “________warna motosikal abang kamu yang baru itu?” tanya Fuad.
A  Apakah                   C  Adakah
B  Berapakah              D  Bilakah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...