Isnin, 23 April 2012


KATA NAFI
KETERANGAN:

Ialah kata yang digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu.

Contoh:
Bukan – untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama


LATIHAN  KATA NAFI

Pilih jawapan  yang betul.

1.  Sejak kematian bapanya budak itu _____bersekolah lagi kerana menolong ibunya mengerjakan sawah mereka.
A  tidak                       C  bukan
B  sudah                      D  pun
2.  Walau apa pun yang berlaku , saya _____akan menjual rumah pusaka ini kepada kamu.
A  tidak                       C  bukan
B  adalah                     D  pun

3.  Halim langsung _____ mempercayai khabar angin yang didengarnya daripada penduduk kampung semalam.
A  bukan                     C  tidak
B  ialah                        D  pun

Soalan 4 – soalan 8. Pilih jawapan yang betul penggunaan kata nafinya.

4.  A  Ayahnya bukan kedekut.                      C  Perigi itu _____ dalam.
     B  Pisau itu bukan tajam                            D  Hari  ini abang bukan pergi           
      
5.  A  Ini tidak kali pertama Zaiton melarikan diri dari rumah.         
     B  Warung yang terletak bukan jauh dari jalan raya itu, warung Pak Ali.
     C  “Bukan begitu caranya untuk menyukat kedalaman sungai,”kata Zuli                                
               kepada Mahat.
     D  Saidin tidak abang ipar Iqbal.

6.  A  Adiknya tidak pandai menari caca.      C  “Kami bukan turun ke laut hari ini”.
     B  Buah rambutan itu bukan manis.           D  Gurunya tidak berasal dari Johor

7.   A  Anjing itu bukan lapar.                                    C  Maimunah bukan keberatan untuk membantu kami.
      B  Raju bukan suka berkawan dengan      D  Baju yang dipakainya itu
           dengan Siva.                                              bukan baju adiknya.

8.   A  Emily tidak pandai bergaya.                C  Air sungai itu bukan dalam.
      B  Kepala Fairus bukan botak.                  D  Rumah itu bukan sesuai  untuk didiami.

Pilih ayat –ayat yang betul penggunaan kata nafinya.

9.   I  Ah Lim sedikit pun tidak berasa cemburu apabila melihat isterinya keluar menonton dengan  lelaki
          lain.
     II  Tajul tidak bersetuju dengan cadangan ketua kampong untuk merobohkan surau lama di kampung
           itu.
    III  Ali bukan anak orang berada ,ayahnya hanyalah pemandu teksi.
    IV  Datuk tidak mahu tinggal bersama-sama dengan anak-anaknya di kota
     A  I dan IV                                    C  II, III dan IV
     B  I ,II dan III                   D  I, II, III dan IV

10  I   Farid berasa tidak seronok menyertai rombongan ke Melaka itu.
     II   Bukan terdapat sebarang tanda bahawa musim kemarau yang panjang itu akan berakhir.
    III   Harun bukan meminati penyanyi kumpulan rock yang beperangai tidak senonoh itu.
    IV   Elly tidak dapat menahan rasa sedihnya apabila melihat jirannya meratapi kematian anak
bongsunya itu.
     A   III sahaja                      C  I, II dan IV
     B   I dan IV                                   D  I, II. III dan IV

11. I   Sepupunya tidak gemar makan sambal belacan.
     II   Kata Puan Devi kepada Rajan, “Tidak baik kamu membantah cakap orang tua”.
     III  Dia bukan sampai hati untuk menghampakan harapan kedua-dua orang tuanya.
     IV  Oleh sebab tidak ada persefahaman,pasangan suami isteri itu mengambil keputusan untuk
            berpisah sahaja.
     A  I, II dan III                   C  I, III dan IV
     B  I, II dan IV                   D  II, III dan IV

12.  I  Puan Haslinda bukan sombong.
      II  Kucing itu bukan ada selera untuk makan kerana sakit.
     III  Tulisan pelajar itu sukar untuk dibaca kerana tidak jelas.
     IV  Gadis itu bukan malas tetapi lembap bekerja.
     A  I dan II                          C  I, II dan IV
     B  III dan IV                     D  I, III dan IV

13.  I  Menurut Doktor Fatah, anak Pak Abu bukan menghidapi penyakit sawan tetapi menghidapi
penyakit gangguan mental.
      II  Jumat tidak sependapat dengan abang longnya tentang cara pembahagian hart pusaka peninggalan
ibunya.
     III  Pelajar itu tidak dapat menjawab soalan kuiz sains kerana dia tidak membuat sebarang
persediaan.
     IV  Cikgu Tan bukan benci kepada pelajar yang nakal itu tetapi beliau kerana pelajar itu tidak mahu
mendengar  nasihatnya.
      A   I dan II                                    C  II, III dan IV
      B   III dan IV                   D  I, II, III dan IV

14.  Jam tangan ini _____jam buatan Malaysia.
A  tidak                                   C  bukan
C  adalah                                 D  pun

15.  Kedai itu _____ kedai yang menjual barangan antik.
A  bukan                                 C tidak
B  pun                                     D adalah

16.  Budak itu _____ lulus juga dakam ujian bulanannya pada       kali ini.
A  bukan                                 C pun
B  tidak                                   D iadalah

17.  Penyakitnya akan bertambah buruk  jika _____dirawat dengan       segera.
A akan                                     C  pun
B  tidak                                   B  bukan

18.   Kereta api yang membawa barang-barang itu _____dari utara.
A  tidak                                   C  pun
B  bukan                                  D  ialah

19.   Isi buah mangga muda itu _____ manis tetapi masam.
A  adalah                                 C  pun
B  bukan                                  D  ialah
20.   Para penunggang motosikal dinasihatkan agar _____ berlum    lumba di jalan raya.
A  bukan                                 C  tidak
B  akan                                    D  pun




Tidak – untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...