Selasa, 17 April 2012


Contoh  Surat Kiriman Rasmi
Kelas kamu menghadapi masalah kerosakan lampu dan kipas angin. Selaku ketua kelas, kamu dikehendaki menulis surat kepada guru besar untuk memberitahu masalah tersebut.


􀀉 ISI-ISI KARANGAN
􀀹 Format SKR – alamat pengirim dan penerima, tarikh, tandatangan, nama, dan jawatan
􀀹 kata panggilan rasmi – perkara, tajuk surat – tujuan, isi surat, ditulis ringkas dan tepat
􀀹 mewakili kelas Enam Kejora, mengemukakan aduan – kerosakan lampu, kipas angin
􀀹 lampu rosak, sukar belajar – kipas angin tidak berfungsi – tumpuan belajar terganggu
􀀹 mengharapkan tindakan sewajarnya – kesulitan akan berakhir – ucapan terima kasih
* Sebarang isi yang berkaitan dengan tajuk hendaklah diberi pertimbangan yang sewajarnya.

SURAT ADUAN KEROSAKAN LAMPU DAN KIPAS ANGIN CETUSAN IDEA


Ketua kelas.
Tahun Enam Bestari,
Sekolah Kebangssan Toh Sajak.
34500, Batu Kurau,
Perak , Darul Ridzuan
_________________________________________________________________________________

Guru besar,
Sekolah Kebangsaan Sungai Tungku,
36000 Teluk Intan,
Perak Darul Ridzuan.                                                                                               23 Februari 2004.

Tuan,
ADUAN KEROSAKAN LAMPU DAN KIPAS
Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.
2. Saya mewakili murid-murid Tahun Enam Kejora ingin mengemukakan satu aduan.
Aduan saya ialah tentang kerosakan lampu dan kipas angin di kelas kami.
3. Untuk pengatahuan tuan, kerosakan ini berlaku sejak awal tahun. Perkara ini juga
telah menimbulkan suasana kelas yang kurang selesa.
4. Lampu yang rosak menyukarkan kami belajar ketika cuaca mendung. Kipas angin
yang tidak berfungsi pula menyebabkan keadaan kelas yang kurang selesa. Tambahan
pula, perkara ini akan mengganggu tumpuan kami semasa belajar.
5. Harapan saya agar pihak sekolah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.
Semoga kesulitan yang kami alami, akan segera berakhir
Kerjasama dan perhatian pihak tuan, didahului dengan ucapan terima kasih.
 Sekian, terima kasih

Saya yang benar,
Rizalman
(RIZALMAN BIN KHUSAIRI)
Ketua Kelas 6 Bestari,
Sekolah Kebangsaan Toh Sajak,
Batu Kurau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...