Selasa, 24 April 2012

CONTOH KARANGAN FORMAT LAPORAN
Soalan: Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah mengadakan Kem Motivasi di suatu tempat yang menarik. Tuliskan laporan tentang kem tersebut






RANGKA KARANGAN
Pendahuluan:
Hari - Kem Motivasi 2007 - murid tahun enam - nama tempat 
Isi-isi Penting
(a)    tiga hari dua malam - tujuan - meningkatkan sahsiah dan keyakinan murid di tahun enam
(b)   tumpuan - murid-murid tahun enam - persediaan mental dan fizikal sebelum UPSR
(c)    aktiviti - kursus dan bengkel - teknik menjawab soalan - teknik pembelajaran berkesan – penceramah luar
(d)   aktiviti luar darjah - lasak - memupuk semangat perpaduan dan kerjasama
Penutup
murid yang cemerlang - seimbang - rohani dan jasmani – harapan – berkesan untuk berjaya



CONTOH KARANGAN:

LAPORAN KEM MOTIVASI MURID-MURID TAHUN ENAM 2012

Pada cuti hujung minggu yang lalu, seramai 100 orang murid-murid Sekolah Kebangsaan Toh Sajak telah menyertai Kem Motivasi UPSR 2012 yang bertempat di Dewan Majlis Perbandaran Taiping, Perak.

Kem tersebut diadakan selama tiga hari dua malam. Objektif kem ini adalah untuk meningkatkan sahsiah dan keyakinan murid-murid yang baru berada di tahun enam bagi menghadapi sesi pelajaran pada tahun ini.

Tumpuan utama kem adalah untuk murid-murid tahun enam membuat  persediaan awal dari segi mental dan fizikal sebelum menduduki UPSR pada bulan September nanti.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti kursus dan bengkel pembelajaran. Antara kursus yang dijalankan ialah teknik menjawab soalan bagi subjek UPSR. Murid-murid juga didedahkan dengan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan. Kursus dan ceramah disampaikan oleh penceramah-penceramah luar yang berpengalaman dalam bidang pendidikan.

Para pelajar juga menjalani aktiviti-aktiviti luar yang bercorak aktiviti lasak bagi memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan mereka. Aktiviti seperti ini amat penting bagi memastikan pelajar sentiasa sihat dan cerdas.

Hasil program ini diharap dapat melahirkan pelajar yang cemerlang serta seimbang dari segi rohani, jasmani dan intelek. Diharapkan Kem Motivasi ini berkesan untuk membentuk pelajar yang berjaya khususnya dalam UPSR.

Laporan disediakan oleh,                                                        24 JANUARI 2008.

MOHD ALI
(MOHD ALI BIN FAUZI)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Toh Sajak.
Batu Kurau.

2 ulasan:

  1. sori to say I don't think its the level for uwe r frm private and international school..it wil be better
    if u upgrade a little..thank u so muc

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagusla blog ni jom ulangkaji

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...