Selasa, 24 April 2012

Cikgu Lya hendak beri satu lagi contoh karangan berformat iaitu Format Laporan . Cikgu berikan perkara yang perlu ada semasa menulis laporan  seperti berikut:


KARANGAN JENIS LAPORAN

KETERANGAN:
  1. Perlu memastikan jenis laporan, sama ada;
-          aktiviti persatuan (B.Melayu, Matematik, PBSM, pengakap dll)
-          perayaan (pasar ria, pesta ria dll.)
-          sambutan (hari guru, hari sukan, hari kemerdekaan dll.)
-          perasmian (pusat sumber, taman sains, makmal komputer dll.)
-          lawatan (tempat bersejarah, ibu kota, tempat menarik, rekreasi dll.)
  1. Laporan aktiviti persatuan
                  -          Ada senarai nama jawatankuasa
-          Sejarah penubuhan
-          Jumlah ahli
-          Aktiviti dan kejayaan sepanjang tahun
  1. Format laporan
                    -          Ada tajuk (huruf besar dan bergaris)


Contoh soalan
Kamu telah menyertai perkhemahan unit beruniform sekolah. Kamu telah ditugaskan untuk menulis laporan tentang perkhemahan itu.

RANGKA KARANGAN

 

Tajuk Laporan:

Pendahuluan

Tarikh – nama unit berunifom – sekolah – aktiviti – bilangan hari – tempat.

Isi-isi penting


1.      Bilangan ahli – bilangan guru – masa bertolak – masa sampai – taklimat guru – keselamatan, disiplin, ikut arahan, dll.

2.      Aktiviti – hari pertama – selepas taklimat – membahagikan kumpulan - mendirikan khemah – mencari kayu api – memasak - makan malam – persembahan kebudayaan – pelbagai telatah.

3.      Aktiviti – hari kedua – sembahyang subuh – senaman pagi – sarapan – berkawat – latihan pertolongan cemas – masak - makan tengahari – ceramah – minum petang – berkemas – pulang.

4.      Pengalaman yang diperolehi; berdikari, bekerjasama, disiplin, ilmu pengetahuan tentang pertolongan cemas, - keyakinan diri – menjalani aktiviti mencabar.

Penutup


Sampai di sekolah jam - walaupun penat – gembira – dapat berkhemah – berharap dapat berkhemah lagi.

Laporan disediakan oleh,                                                                                Tarikh.

Tandatangan

(           Nama              )
Jawatan,
Persatuan,
Sekolah.


CONTOH KARANGAN

                                      Laporan Perkhemahan Pasukan Pengakap


Pada 25 Mac 2008  yang lalu, Pasukan Pengakap Sekolah Kebangsaan Toh Sajak telah mengadakan aktiviti perkhemahan di Kem Seri Bari selama dua hari.


Seramai 30 orang ahli pengakap dan lima orang guru pengiring mengikuti perkhemahan ini. Kami bertolak dari sekolah pada pukul 8.30 pagi dan tiba di tapak perkhemahan pada pukul 10.30 pagi. Sebelum mendirikan khemah, kami diberi taklimat oleh guru tentang aspek keselamatan, disiplin, arahan dan lain-lain.

Pada hari pertama iaitu selepas taklimat, kami dibahagikan mengikut kumpulan. Setiap ahli dalam kumpulan membuat tugas mendirikan khemah, mencari kayu api dan memasak. Selepas makan malam, kami mengadakan persembahan kebudayaan. Pelbagai telatah dan gelagat dapat kami lihat pada persembahan itu.

Pada hari kedua iaitu selepas sembahyang subuh, kami mengadakan senaman pagi. Kemudiannya bersarapan dan menjalani latihan kawat. Pada pukul 10.30 pagi, kami mengikuti latihan pertolongan cemas. Pukul 12.00 tengah hari kami memasak makanan tengah hari. Pukul 2.00 petang kami mendengar ceramah ilmu pengakap. Selepas minum petang, kami berkemas untuk pulang.

Banyak pengalaman yang diperoleh daripada aktiviti ini. Kami juga belajar untuk berdikari, bekerjasama, dan lebih berdisiplin. Kami juga mendapat ilmu pengetahuan tentang pertolongan cemas serta lebih berkeyakinan pada diri untuk menjalani aktiviti mencabar.

Kami sampai di sekolah pada pukul 6.00 petang. Walaupun penat, kami berasa gembira dapat berkhemah dan berharap dapat berkhemah lagi di tempat lain pula.

Laporan disediakan oleh,                                                                    30 Mac 2008.

Tandatangan

( Mohd Ali bin Ahmad )
Setiausaha,
Persatuan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Toh Sajak

Tulis laporan kamu selengkapnya.

8 ulasan:

  1. booooooooooooooooooooooooooo!!!!!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang dah penat-penat buat nak ejek lak

      Padam
  2. stupid karangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku tau karangan kau mantap..dia memberi kemudahan untuk orang yang lebih lemah,orang ni dapat pahala..kau ingat tuhan takde kuasa nak tarik balik kelebihan kau?

      Padam
  3. karangan ini sangat berak bodoh.

    BalasPadam
  4. karangan dan isi anda bagus.............

    BalasPadam
  5. Kata ulasan tapi karangan!!!!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...