Selasa, 3 April 2012

CEMERLANG DALAM PENULISAN

Setelah kita tahu apa yang akan dipelajari di sini Cikgu Lya akan mulakan pengajaran dengan penskoran penulisan bahagian A, bahagian B dan bahagian C . Maklumat ini dikongsi supaya murid-murid dapat menilai tahap pencapaian masing-masing.


 BAHAGIAN A
PENSKORAN
CIRI-CIRI


Cemerlang
( 9   -   10 )
          *  Menggunakan ayat yang gramatis dan menepati bahan grafik
           * Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan grafik.
         *    Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.


Baik
( 7    -  8  )
          *  Menggunakan ayat yang jelas dan menepati bahan grafik .
          *  Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan bahan grafik .
           * Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca dan ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.


Memuaskan
( 4   -   6   )
         *  Menggunakan ayat yang mudah dan ringkas sesuai dengan bahan  grafik.
         *  Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang terhad dan sesuai.
           *Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca dan ejaan.

Pencapaian tahap manimum
( 1   -  3   )
          * Ayat tidak sesuai dengan bahan grafik
           *Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai  dengan bahan grafik.
         *  Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan.





PERMARKAHAN BAHAGIAN B

PENSKORAN
CIRI-CIRI


Cemerlang

( 24   -30 )
          * Penyampaian yang jelas dan menarik dengan pengolahan idea yang bernas.
         *  Menggunakan kepelbagaian ayat yang gramatis sesuai dengan tema dan nilai murni.
          *Tiada kesalahan tanda baca dan ejaan.


Baik

( 17  - 23 )
         *  Penyampaian yang jelas dengan pengolahan idea yang baik  .
           *Menggunakan kepelbagaian kata dan kosa kata yang sederhana dan sesuai dengan tema.
          *  Terdapat beberapa kesalahan tanda baca dan ejaan namun tidak menjejaskan karangan .


Memuaskan

(  11 -  16   )
          *  Penyampaian mudah dan ringkas.
           * Isi-isi disampaikan dengan ayat dasar atau selapis tetapi masih berdasarkan tema .
           * Penggunaan kosa kata yang terhad.
          *   Penggunaan tanda baca yang terhad.
          *  Banyak terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca.

Pencapaian tahap manimum

( 1  -   10  )
         *   Penyampaian tidak jelas.
         * Isi tidak tepat.
         *   Kesalahan tema.
         * Ayat sukar difahami.
         * Penggunaan kosa kata yang terhad.
         * Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan.


PERMARKAHAN BAHAGIAN C

PENSKORAN
CIRI-CIRI


Cemerlang

( 17  -  20 )
        *    Ulasan jelas serta tepat dengan menggunakan ayat yang gramatis.
         *      Menggunakan kata dan kosa kata yang meluas.
         *     Tiada kesalahan tanda baca dan ejaan.


Baik

(   12  -  16 )
         *    Ulasan jelas serta tepat dengan menggunakan ayat yang gramatis .
         *      Penggunaan kata dan kosa kata yang sederhana.
         *     Terdapat beberapa kesalahan ejaan dalam tanda baca dan ejaan tetapi tidak menjejas ayat.  .


Memuaskan

(  6  -11  )
          * Ulasan tepat dengan menggunakan ayat mudah serta ringkas.
           * Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang terhaddan sesuai .
          * Banyak terdapat kesalahan tanda baca dan ejaan.

Pencapaian tahap manimum

( 1 -  5  )
          *      Ulasan tidak menepati bahan ransangan.
          *    Penggunaan perkataan terhad dan tidak sesuai dengan bahan ransangan .
           *    Banyak kesalahan ejaan dan tanda baca.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...