SEKOLAH
KEBANGSAAN TOH SAJAK
34500
BATU KURAU.
SKRIP
PIDATO
Mantan
Perdana Menteri Malaysia , Tun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata,Bangsa
yang mulia dan terhormat bukan sahaja bangsa yang kaya dengan intelek tetapi
kaya dengan sikap berbudi bahasa.Kata-kata ini membuat saya terpanggil untuk
merungkaikan melalui sebuah pidato yang berpaksikan tajuk Budi Bahasa Amalan Mulia.
Terima
kasih sejambak mawar seharum kasturi buat pimpinan majlis, barisan kehakiman
intelektual berkarisma, penjaga masa yang setia dengan masanya, guru-guru dan
rakan-rakan yang dikasihi.
Assalamualikum salam sejahtera dan salam satu Malaysia ,
Sidang
saksi yang saya hormati,
Izinkan
saya puteri Toh Sajak merungkaikan
maksud pidato saya pada hari ini.
Budi
bahasa merujuk kepada tutur kata ,kelakuan , sopan santun dan tatatertib . Dengan
kata lain setiap gerak laku , tutur kata , tata cara hidup, pemikiran dan
perasaan baik terhadap orang lain, mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam
konsep budi bahasa.
Sidang
saksi yang saya muliakan
Sesunnguhnya
berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya ,peradaban dan agama kita.
Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Ingatlah falsafah hdup yang bertunjangkan
nilai-nilai murni akan mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia
Meninjau
dari skop yang lebih luas , amalan berbudi bahasa dapat melahirkan masyarakat
yang lebih bertamadun dan memiliki tahap tatasusila yang tinggi. Bagi merealisasikannya
subjek pendidikan moral dan pendididkan Islam memainkan peranan penting dalam
menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid seawal mereka di bangku
persekolahan.Bak kata perpatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Banyak
implikasi akan timbul jika masalah budi bahasa tidak dihiraukan . Gejala tidak
menghormati orang tua akan membawa kepada kesan buruk seperti wujud perasaan
dendam,kasar,tidak segan silu melakukan perkara-perkara buruk,tutur bahasa yang
kasar dan tidak sopan.Ini semua berlaku akibat terpengaruh dengan pelbagai
budaya yang tidak sihat,terikut-ikut dengan budaya barat sehingga lupa kepada
nilai-nilai murni dan adat resam timur yang akhirnya mempengaruhi imej,watak
dan penampilan diri seseorang. Mengamalkan budaya bahasa yang baik dan
nilai-nilai murni mencerminkan seseorang itu memiliki budi pekerti tinggi.
Amalan
berbudaya bahasa menzahirkan rasa hormat antara satu sama lain,contohnya orang
muda menghormati orang tua,anak menghormati ibu bapa,murid menghormati guru.Dengan
jelasnya kita dituntut menghormati orang tua dan menyayangi orang muda.Firman
Allah s.w.t: dalam surah Al-Hajh ayat 24 bermaksud,
“Dan
mereka diberi petunjuk (didunia) dengan mengucapkan kata-kata yang baik serta
diberi petunjuk ke jalan Allah yang maha terpuji”.
Dewasa
ini amalan budi bahasa dikalangan masyarakat kita semakin luntur nilai-nilai
budaya bahasanya.Ini disebabkan oleh tuntutan mengejar kebendaan,pangkat hingga
menafikan nilai-nilai murni.Dengan terhakisnya nilai-nilai murni menyebabkan masyarakat
luntur akhlaknya.Kita mestilah berusaha untuk menaikkan kembali budaya Melayu
dipersada dunia dengan budi pekerti yang mulia. Budi bahasa perlu diterapkan
dalam apa jua keadaan agar budaya dan agama kita dinilai sebagai yang terbaik.
Sidang
penonton penuh santun,
Bahasa
melambangkan bangsa”.Justeru ia perlu diterapkan dalam apa jua keadaan dan masa
agar bangsa dan agama kita dapat dinilai sebagai yang terbaik.Kita hendaklah
membudayakan budi bahasa samada ditempat kerja,jalan raya,rumah dan masjid.Kita
juga perlu sentiasa mempamerkan imej diri yang positif dalam segala tindakan
samada cara berfikir,melahirkan perasaan,pertuturan dan perlakuan.Hanya dengan
cara itulah kita dapat membentuk satu budaya kerja yang mantap dan berkesan.
Jika suasana
ini dapat diwujudkan,maka kemesraan akan wujud,saling hormat-menghormati antara
satu sama lain,tanpa memperkecilkan dan meremehkan pandangan orang lain.
“Tegak
rumah kerana sendi,
Rosak
sendi rumah binasa,
Tegak
bangsa kerana budi,
Rosak
budi runtuhlah bangsa”.
Sidang
saksi yang dihormati,
Kesimpulannya,untuk
memastikan amalan berbudi bahasa ini subur dalam setiap masyarakat pada setiap
masa, maka semua pihak perlulah
memainkan peranan masing-masing.Setiap ibu bapa adalah model dan
sewajarnya menunjulkan sikap yang terbaik ketika berkomunikasi dengan
anak-anak.Ibu bapa perlu menyemai sikap berbudi bahasa yang cemerlang samada
percakapan atau perbuatan.
Media
massa diharapkan dapat memainkan peranan penting ke arah melahirkan generasi
berbudi bahasa melalui penyebaran
maklumat kepada pengguna.Pemantauan hendaklah dilakukan dengan lebih berkesan
dari semasa ke semasa untuk memastikan budaya berbudi bahasa dapat dihayati
oleh masyarakat.
Marilah
sama-sama kita menerapkan amalan budi bahasa dalam komunikasi,ucapan,pertuturan,panggilan,pergaulan
dan perlakuan samada dalam keluarga,masyarakat,mahu pun di tempat kerja.
Apa
tanda Melayu jati
Adat
dan syariat dipegang mati
Apa
tanda Melayu beradat
Budi
bahasa dipegang erat
.
Sekian
terima kasih.
Assalamualaikum, cikgu. Terima kasih atas perkongsian maklumat yang berguna ini
BalasPadamfhhhhfgfgfgfgfgfgfgffgfggfghjhyujjhyyyyyyygthynbyfrhgtyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyuhjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjjj
BalasPadambagus...bagus...saya suka :)
BalasPadamslm,best la gk..cg sy pn prnh mnyertai prtndingn ni lau menng pn bkn juara la p utk kli ni sy nk la buat yg trbaek..bg cg mcm mna sy nk atsinya..n cg nk tye lau org yg pro la cmne mereka cara kte prsembhkn pidato yg hebat la.dan mmberi komitmen yg mnakjubkn?? n bg sy sbg pelajr yg xbpe ade pglmn dlm bidng ni cmne nk kuasainya..??arap cg dpt bls.(ni blog sy:- secretofaries.blogspot.com)..wslm.
BalasPadam